Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Fazura Enggan Komen, Kurang Selesa Tweet TMJ Di Hebahkan

Print E-mail
Farahanim Rahim   
Sunday, 20 November 2011 01:18

..

“Saya tak ada apa-apa nak komen. No komen. Memang saya tak nak komen apa-apa. Thank you so much", kata pelakon Nur Fazura apabila diminta mengulas mengenai ucapan istimewa Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail, Tunku Mahkota Johor (TMJ), untuknya menerusi laman sosial Twitter, baru-baru ini.


Fazura ditemui ketika sesi beramah mesra bersama bintang Lux ni, sempena pelancaran One Unilever Fair di hypermarket Giant Kota Damansara, semalam.

Sebelum ini banyak spekulasi mengenai hubungan cinta teraju utama Pisau Cukur ni dengan dikalangan kerabat diraja. Pun begitu setiap kali di ajukan persolaan sejauh mana kebenarannya, Fazura memilih untuk mengunci mulut. Sama juga seperti kali ini. Meskipun terus cuba diselusuri hati wanita 28 tahun ini, ternyata dia memang seorang perahsia.

Bagaimanapun ucapan manis berbaur kata-kata indah seperti daripada seorang teman lelaki buat kekasih itu, seakan mensahihkan khabar angin selama ini. Lebih indah, itu merupakan twit pertama sebaik saja baginda membuka akaun Twitter. Senang kata, kalau selama ini hubungan istimewa mereka secara tertutup tapi ucapan di Twitter itu ‘menjadikan’ hubungan itu sekarang lebih terbuka.

Jelas Fazura lagi, dia tidak mahu terlalu memikirkan tentang perkara itu meskipun sejujurnya dia kurang selesa apatahlagi ayat-ayat tweet itu dihebah-hebahkan.

“Saya rasa setiap orang ada hak setiap untuk membuka akaun Twitter. Ia tak terhad pada sesiapa. Masing-masing ada kebebasan. Saya takder hak nak komen untuk orang lain”,

“Saya akui saya sangat berahsia dalam sesetengah perkara. Tapi apa pun, saya gembira dan berterima kasih pada peminat-peminat yang sentiasa menyokong saya. Saya sangat-sangat hargai mereka”, katanya lagi yang juga baru tahun lalu aktif bertwitter. Itupun setelah menyedari saluran itu lebih mendekatkan dirinya dengan peminat-peminat.

Dalam perkembangan lain, Fazura memberitahu sehingga hujung tahun ini dia tidak mengambil sebarang tawaran berlakon. Kerana dia kini sibuk memberikan tumpuan untuk membuka perniagaan. Bagaimanapun dia tidak mahu berkongsi lanjut mengenai bakal kerjaya barunya itu kerana ia masih sedang dalam proses perancangan.

Meniti usia 30 tahun dalam masa dua tahun lagi, dia mula memikirkan selama mana lagi dia akan terus berlakon. Justeru bisnes itu sebagai alternatif dalam meneruskan kelangsungan hidup. Malah selepas ini dia mungkin akan mengurangkan aktiviti lakonannya. Bukan berhenti berlakon tapi lebih selektif daripada cara selektifnya yang sekarang ini.


-mD

 

 

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.